Monday, March 7, 2011

2011

Sudah lama benar aku tak update blog yang satu ni. Tak sangka juga aku ada 2 follower? Satu kenal, satu tak kenal? Motif yang tak kenal nak jadi follower? Sebab blog aku cerita tentang diri aku yang huru hara? Haha.. Baca lah selagi rasa rajin nak membaca isi hati aku..

Jumaat lepas.. Abang aku dah sah jadi suami kepada isterinya yang tercinta. Alhamdulillah.. Tewas lagi kau wahai syaitan yang dilaknat. Akan bertambah lagi kaum Adam dan Hawa.. Akan berkembang biak lagi ummat Muhammad s.a.w.. Insya'Allah..

Hurm.. Jauh di sudut hati.. Aku terasa kehilangan. Kehilangan kasih sayang seorang Abang. Nyatanya dia masih lagi Abang aku tapi aku sedar tumpuan dan perhatiannya kini dah beralih pada isterinya. Tanggungjawab barunya yang saaaaangat besar. Dulu sebelum dia bergelar suami, memang selalu bergaduh dengan dia. Bertekak memang favourite. Tapi memang betul kata orang tua, yang selalu bergaduh tu la akan terasa hilangnya bila sampai masa dia tak lagi dengan kita. Padan muka aku! Kan dah rindu kat Abang. Huhu.

Apa-apa pun, aku tau Abang akan balik jugak rumah ni. Untungnya aku dapat 'Kakak' baru. Boleh buat kawan. Boleh gaduh dengan Abang lagi. Yang pasti, tiap kali tau Abang nak balik, aku jadi rajin nak masuk dapur. Sebab Abang satu-satunya manusia yang puji masakan aku sedap dengan hati yang ikhlas. Cewah. I love you la Abang..

Air diciincang tak akan putus. Kecuali SYABAS tutup paip besar.. Ngeee~

Wednesday, October 20, 2010

Cepatnya manusia berubah

Dari dulu yang paling aku takuti bila diri ini tak lagi menjadi keutamaan dirinya..
Baru beberapa hari bergelar pegawai P.. semakin sukar untuk aku berhubung dengannya
Sibuk dengan tugasan hingga tiada ruang untuk mencelah..
Benarkah?
Kesibukan itu bukanlah satu hal yang amat aku benci.. Aku juga selalu sibuk..
Aku bukanlah seorang bijak bestari..Apatah lagi genius seperti dia
Sekurang-kurangnya aku punya hati dan perasaan.. Dan hati dan perasaan inilah yang buatkan maruah aku terguris dengan kata-katamu
Aku sedar.. Aku bukanlah pelajar tajaan kerajaan.. Apatah lagi belajar bawah naungan didikan kerajaan. Tapi aku juga punya keinginan untuk belajar. Walaupun bukan dari tempat yang hebat-hebat. Aku tahu hinanya belajar di kolej swasta. Tercalon sebagai pelajar terbaik bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan. Apatah lagi aku hanya jurusan hospitaliti. Terhina.. Namun takkan aku tunduk pada tingginya kedudukan itu!

Jatuhnya Maruah

Bukan senang nak membina bahagia.. Hinggakan mama dan papa sanggup maruah mereka bagai di perjajakan. Aku sendiri tak sangka sehingga sejauh ini keputusan mereka. Papa.. jauh disudut hati aku sangat mengagumi dirimu. Segalanya sanggup kau perjuangkan demi kebahagiaan anakmu yang sering menyakiti hatimu. Maafkan aku Papa.. Maafkan aku Mama.. Aku tak mampu.. Aku sendiri bingung mengapa dari dahulu percintaan aku tak pernah menjadi. Aku redha.. Andai itu takdirnya.. Aku pasrah

Thursday, July 15, 2010

15 July

What a bad day for me..

Woke up with no sms from him. At all..

PMS pain..

He said that his credit left only Jd1.. He said last night he's going to topup after the meeting. He lied..

He apologize for not being alert.. not concerned about my feeling. He just broke my heart last week. He did it again tonight.. Commenting her pictures. Again and again..

There's nothing left.. Just an empty feeling

Monday, July 12, 2010

July 12

Pagiku bermula dengan azam baru.. Azam? Tak.. Bukan azam. Tapi cita-cita? Pun macam bukan. Apa-apa jelah. Bangun pagi, terus makan supplement. Ikut indication kat botol putih tu, mesti masa perut kosong. Baru senang masuk dalam darah dan seterusnya transfer ke... Ke mana ek? Aku pun tak tahu. Pastu solat Subuh. Pastu golek-golek atas katil semula. Lagi sejam baru boleh makan..

Siap-siap mandi, terus pakai baju kemeja putih mama baru beli semalam. Sangat berpuas hati. Lengan walaupun agak singkat dari pergelangan tangan, tapi baju tu tutup punggung aku. Ya, bagus! Selesa nak jalan, selesa nak lari bagai. Breakfast.. Roti kapit sardin. 1keping je. Semalam dah janji dengan Aizat nak diet. Hehe

Memandu ke kolej. Sampai tingkat 8.. Eh, awal lagi. Baru 9.20pagi. Kuiz start pukul 11.00pagi. Baca la dulu. En. Firdaus tu strict orangnya. Takkan ada chance nak meniru la. Hiks. Masa nak masuk kelas, tengok nama naik kat buletin board. Adeh.. Tak abis-abis dengan MQA ni. Letihla.. Interview interview interview..

Kuiz started. 2soalan, 20 markah. Ramai suggest open book. Tapi En.Firdaus kata, dia akan deduct 50% dari markah. Aku geleng-geleng taknak. At last aku menang walaupun aku sorang yang taknak open book. Rugi la.. Kalau dapat 20/20, berapa tinggal? 10 je. Kalau betul 2? 1 markah? No no no. So menjawablah kuiz tadi dengan sendirinya. Semoga markah aku tinggi. Amin. Ha, sebelum kelas habis, En.Firdaus ada bagi lecture, bukan mengajar tapi brain wash kot? Antara ayat dia "Do u guys think u deserve education? Dont u think there're so many people out there that deserve education more than u guys but they dont have the chance?" Yes yes yes. I deserve education. But its just not my luck that I was here. U really dont know how bad my luck in this study field, Mr. Firdaus. I had struggle so many ways and wasted so many times.. Just to get this education. Though I know that.. that.. Hmm.. Its just not my luck. How I wish I could throw these words to u, Mr.Firdaus.. How I wished!!

Aku dan Jue ke Maju Junction jumpa kakak Jue, kak Liza. Wah, sangat mirip. Cuma kak Liza lagi kecik molek dan agak pendiam. Tak kecoh macam Jue. Apa-apa pun, kami cepat akrab. Dan paling buatkan hatiku.. Hatiku rasa apa ya? Bila kak Liza selalu gosok2 belakang aku. Macam satu terapi kasih sayang dari seorang kakak yang penyayang kan? Hmm..

Sampai kedai. Supplier baru hantar barang. Mama bagitau idea Papa semalam. Nak cuba pujuk Dr N dan Dr Z, some sort like.. Share partner. Untung bahagi tiga. Mama, Dr N, Dr Z. Kedai sebelah, kita ambil semula. Buat klinik. Semoga cita-cita menjadi kenyataan. Amin..